Welcome to my blog, enjoy reading.

About Me

Sunday, 28 February 2010

bengang

bengang jmpa org gila...bengang ckp ngan org yg xreti bhs...bengang dengar org yg sk putar belit cerita..bengang ngan org yg sk mainkn prsn org....bengang ngan INSAN YANG BERNAMA...........................................NYESAL PERCAYA N SAYANG! BENGANGNYAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Tuesday, 2 February 2010

POLIGAMI

1
POLIGAMI SUATU KEHARUSAN BERSYARAT
Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan Undang-undang
____________________________________________________________
Pendahuluan
Fitrah untuk hidup secara berpasangan merupakan satu lumrah kehidupan
manusia. Bagi memenuhi dorongan biologi ini umat Islam terikat dengan
peraturan perkahwinan yang berteraskan syariat. Perkahwinan bahagia
berteraskan kasih sayang dan kemesraan menjadi motivasi dan penggerak ke
arah kesempurnaan hidup di dunia dan di akhirat. Sebaliknya perkahwinan yang
retak akan menghasilkan simpton-simpton ketidakteguhan peribadi yang
membawa kesan negatif bukan sahaja kepada diri bahkan juga masyarakat.
Perkahwinan secara mudahnya boleh diklafikasikan kepada dua bentuk yang
utama iaitu monogami dan poligami. Monogami ialah perkahwinan di antara
seorang lelaki dan seorang perempuan, manakala poligami merupakan
perkahwinan seorang lelaki dengan beberapa orang wanita pada satu-satu
masa.
Artikel ini akan memfokuskan kepada isu poligami kerana ia sering menimbulkan
pro dan kontra di dalam masyarakat termasuk di kalangan umat Islam. Kaum
lelaki mendabik dada mendakwa poligami sebagai hak mereka, manakala kaum
wanita pula berkeras enggan dimadu dengan berbagai-bagai alasan. Lantaran
itu topik ini cuba digarap dengan melihat konsep poligami mengikut hukum
syarak dan perlaksanaannya mengikut undang-undang syariah di Malaysia.
Poligami Menurut Islam
2
Islam adalah agama fitrah yang mengiktiraf kepelbagaian keperluan dan
kehendak manusia dalam hidup berpasangan. Berasaskan kepada keadaan
inilah Islam membenarkan poligami yang merupakan amalan masyarakat turun
temurun sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Bagi memastikan amalan
poligami secara yang lebih adil dan dapat menjamin kesejahteraan hidup ummah
seluruhnya, Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu yang menghadkan
amalan yang bebas sebelum ini dan mengambil jalan pertengahan yang lebih
wajar. Syariat Islam menetapkan bahawa seorang lelaki boleh berkahwin dengan
lebih dari seorang perempuan tetapi tidak melebihi empat orang.
Asas pensyariatan yang menjadi dalil utama di dalam keharusan berpoligami
ialah firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’, ayat 3 :
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى
وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى
أَلاَّ تَعُولُواْ
Mafhumnya :
“Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah (dengan)
perempuan-perempuan lain yang kamu berkenan, dua, tiga atau empat.
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu)
maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau memadailah dengan hambahamba
perempuan yang kamu miliki. Itu adalah lebih dekat (untuk mencegah)
supaya kamu tidak melakukan kezaliman ”.
Menurut Dr. Muhammad al-Bahi dalam bukunya yang diterjemahkan ke bahasa
Melayu oleh Fathurrahman (1988), poligami bukanlah suatu prinsip yang wajib
dilaksanakan di dalam syariah Islam sehingga boleh menyebabkan berdosa jika
tidak mengamalkannya. Poligami hanya merupakan perkara harus dan satu
3
rukhsah (keringanan) dalam keadaan darurat. Jelasnya di sini walaupun bahasa
yang digunakan di dalam ayat di atas berunsur perintah, ia bukanlah membawa
kepada makna wajib dilaksanakan. Bahkan jika diamati ia boleh membawa
kepada suatu tegahan dan haram hukumnya jika suami yang berpoligami tidak
berupaya berlaku adil dan mengakibatkan penganiayaan terhadap isteri yang
dikahwini.
Syarat Poligami
1. Berkemampuan Untuk Menanggung Nafkah Isteri-isteri
Suami berkewajipan menanggung nafkah isteri zahir dan batin tidak kira sama
ada dia mempunyai seorang isteri atau lebih. Nafkah zahir yang dimaksudkan di
sini ialah dari aspek makan-minum, pakaian, kediaman dan perubatan. Nafkah
batin pula ialah suami berkeupayaan dalam memberi layanan seks kepada isteri.
Di dalam Mazhab Syafi’e, terdapat dua pendapat mengenai kadar pemberian
nafkah kepada isteri iaitu :
i. Melihat keadaan suami sahaja tanpa mengambil kira keadaan isteri,
ii. Melihat keadaan kedua-dua suami dan isteri iaitu dinilai menurut
kesanggupan suami dan perlu diberi menurut keadaan isteri.
Dalam hal ini pendapat kedua adalah lebih sesuai dan menepati konsep keadilan
memandangkan dalam banyak keadaan seseorang suami itu mempunyai isteri
yang datang dari berbagai-bagai status kedudukan yang berbeza. Abu al-
‘Aynayn dalam buku al-Ziwaj wa al-Talaq fi al-Islam berpandangan bahawa
sebarang penambahan boleh diberikan kepada salah satu isteri dalam soal
pemberian nafkah. Walaupun begitu ia tidak boleh diamalkan jika boleh
membawa kepada perselisihan dan tidak puas hati di antara isteri.
2. Berlaku Adil Kepada Isteri-isteri
4
Menurut Abu al-‘Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua
isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di
antara suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan ini
wajib dijelmakan di dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah yang melibatkan
beberapa aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan
musafir. Perasaan dan kasih sayang pula tidak termasuk di dalam tuntutan
keadilan kerana ianya di luar kawalan manusia dan bersifat relatif. Walaupun
begitu suami tetap dilarang daripada menzahirkan secara jelas tentang
perbezaan ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’, ayat
129 :
وَلَن تَسْتَطِيعُواْ أَن تَعْدِلُواْ بَيْنَ النِّسَاء وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُواْ آُلَّ الْمَيْلِ فَتَذَرُوهَ ا
آَالْمُعَلَّقَةِ وَإِن تُصْلِحُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ اللّهَ آَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا
Mafhumnya :
“ Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun
kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya). Oleh itu janganlah kamu
cenderung (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu
biarkan isteri yang lain seperti tergantung (di awang-awangan). Jika kamu
memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada
perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani.
2.1. Adil Dalam Menyediakan Kediaman
Sebagaimana pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal
isteri baik dalam keadaan monogami atau poligami. Apabila berpoligami,
kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu inisiatif
5
untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular di
kalangan isteri. Menurut ‘Abd al-Nasir Tawfiq al-‘Attar dalam bukunya Ta’addud
al-Zawjat min al-Nawahi al-Diniyyah wa al-Ijtima’iyyah wa al-Qanuniyyah,
pengasingan ini bergantung kepada kemampuan seseorang suami yang mana
tidak semestinya disediakan sebuah rumah untuk setiap isteri bahkan dibolehkan
juga disediakan bilik-bilik berasingan dalam satu rumah yang sama.
Walaubagaimanapun dari segi psikologi, menempatkan ister-isteri dalam rumah
yang sama akan memudahkan mereka berselisih faham yang boleh melukakan
perasaan.
2.2. Adil Dalam Giliran Bermalam
Suami wajib menentukan kadar giliran bermalam yang adil di antara isteriisterinya
tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri muda, isteri tua dan
sebagainya. Suami berdosa jika memberikan giliran lebih banyak kepada salah
seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain. Walaubagaimanapun ‘Abd
al-Nasir Tawfiq al-‘Attar berpandangan kelonggaran boleh diberikan pada
malam-malam awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu diqadha balik
kepada isteri tua. Ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW yang
diriwayatkan dari Anas r.a. dengan katanya :
حدثنا يحيى بن يحيى أخبرنا هشيم عن خالد عن أبي قلابة عن أنس بن مالك قال :
إذا تزوج البكر على الثيب أقام عندها سبعا وإذا تزوج الثيب
على البكر أقام عندها ثلاثا
Mafhumnya :
6
“ Di antara sunnah ialah apabila seorang lelaki berkahwin dengan anak dara lalu
dia bermalam dengannya selama tujuh malam. Sekiranya janda, selama tiga
malam ”.
(Riwayat Muslim)
Di samping itu keadilan dalam giliran malam ini masih juga relatif sifatnya dan
perlu dinilai mengikut situasi seseorang isteri. Ia boleh dilonggarkan apabila ada
kerelaan daripada mana-mana isteri tersebut. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi
SAW yang diriwayatkan dari al-Bukhari :
أن سودة بنت زمعة وهبت يومها لعائشة ، وآان النبي صلى الله عليه
وسلم يقسم لعائشة بيومها ويوم سودة
Mafhumnya :
“ Sawdah telah memberikan giliran beliau kepada Aisyah dan Rasulullah telah
bermalam bersama Aisyah dengan giliran beliau dan Sawdah ”.
2.3. Adil Dalam Musafir
Munurut pendapat Imam Syafie, suami wajib membuat undian di antara isteriisteri
sekiranya beliau menginginkan salah seorang dari mereka menemaninya
bermusafir. Dengan itu suami tidak wajib menggantikan giliran bermalam kepada
isteri yang sepatutnya mendapat hak pada masa musafirnya. Berbeza
keadaannya jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri, suami
wajib mengqadha giliran bermalam kepada isteri yang tidak memperolehi haknya
pada masa musafir tersebut. Perkara berkenaan undian ini disebut oleh Aishah
r.a. menerusi hadis riwayat al-Bukhari :
7
آان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أراد سفرا أقرع بين أزواجه
Mafhumnya :
“ Nabi SAW apabila keluar bermusafir, baginda akan menjalankan undian di
antara isteri-isterinya ”.
Bagaimanapun mazhab Hanafi berbeza pandangan dalam hal ini dengan
mengatakan suami tidak wajib membuat undian untuk memilih isteri yang
menemaninya ketika musafir.
Poligami Dalam Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia
Dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia, poligami dibenarkan dengan
syarat suami hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah
Syariah terlebih dahulu. Ini diperuntukkan dalam seksyen 23(1) Akta Undang-
Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984. Menurut seksyen
23(3) AUKI 1984, permohonan suami hendaklah dikemukakan kepada
Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu
akuan. Akuan tersebut hendaklah mengandungi alasan-alasan mengapa
perkahwinan poligami ini patut dan perlu, keadaan kewangan suami dengan
memberi butir-butir komitmennya dan kewajipan dan tanggungan kewangannya
yang patut ditentukan serta bilangan tanggungan termasuk orang yang akan
ditanggungnya berikutan dengan perkahwinan baru yang dicadangkan. Selain
dari itu pemohon juga kena menyatakan sama ada izin atau pandangan isteri
atau isteri-isteri telah diperolehi mengenai perkara tersebut.
Mahkamah dalam memberi pertimbangan akan mengambil kira empat syarat
kebenaran untuk berpoligami sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen
23(4) AUKI 1984, iaitu :
8
1. Perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut dan perlu memandang
kepada keadaan isteri dari segi kemandulan, keuzuran jasmani, tidak
layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi
untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila.
2. Pemohon mempunyai kemampuan mengikut kehendak syarak untuk
menanggung semua isteri dan tanggunggannya termasuk orang yang
bakal ditanggungnya berikutan dari perkahwinan yang baru.
3. Pemohon berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isteri
mengikut kehendak hukum syarak.
4. Perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar syar’ie
kepada isteri.
Persoalan sama ada keempat-empat syarat di atas perlu dipenuhi kesemuanya
dalam satu-satu permohonan telah diputuskan dalam kes Aishah lwn Wan Mohd
Yusof, [1990] 3 MLJ 1x dan [1991] JH VII, yang dibicarakan dalam Jawatan
Kuasa Rayuan Mahkamah Syariah Selangor. Hakim membuat keputusan
bahawa keempat-empat syarat yang disebut di bawah Sek. 23(4) Enakmen
Undang-undang Keluarga Islam Selangor adalah sama pentingnya dan
hendaklah dibuktikan berasingan oleh pihak suami.
Perkara sama juga telah diputuskan oleh Jawatankuasa Ulang Bicara Selangor
dalam kes Rajamah lwn Abd Wahab, [1990] JH 171. Oleh sebab suami gagal
membuktikan bahawa dia dapat memenuhi kesemua syarat dan keperluan
dalam Sek 23(4) tersebut, Mahkamah menolak permohonan suami untuk
berpoligami.
Hakikatnya syarat yang dikenakan dalam undang-undang bukan bertujuan untuk
mengharamkan poligami kerana mengharamkannya bertentangan dengan
hukum syarak. Namun ia dijadikan sebagai satu mekanisme untuk mengawal
kaum lelaki daripada menyalahgunakan keharusan berpoligami sesuka hati
mereka. Sebagai pengiktibaran yang paling baik dapat dilihat dalam kes Ruzaini
9
lwn Nurhafizah, [2002] JH 79 memperlihatkan bagaimana adilnya hakim dalam
membicarakan kes permohonan berpoligami. Walaupun mendapat keizinan dari
isteri untuk berkahwin lagi satu, mahkamah tetap tidak meluluskannya kerana
sangsi dengan kemampuan suami untuk berlaku adil dengan kedua-dua isteri
dan tanggungan.
Seterusnya bagi mengelakkan penganiayaan terhadap wanita, AUKI 1984 juga
memperuntukkan penalti bagi lelaki yang tidak memperolehi kebenaran
Mahkamah tetapi tetap juga berkahwin lagi secara poligami. Seksyen 123
menyebut bahawa lelaki yang berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulis
terlebih dahulu dari Mahkamah adalah melakukan kesalahan dan hendaklah
dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam
bulan atau kedua-duanya sekali.
Namun begitu, bilangan lelaki yang berkahwin poligami tanpa kebenaran
mahkamah terus berlaku dan lebih banyak berbanding yang dilakukan mengikut
prosedur mahkamah syariah. Contoh terbaru ialah perkahwinan di antara Datuk
Noridan Spee Yee dan Siti Insiah Abdul Wahab yang dilakukan di Thailand
seperti yang dilaporkan dalam Harian Metro bertarikh 20 Mac 2006. Pasangan
tersebut asalnya dijadual bernikah di Padang Serai, Kedah tetapi gagal
mendapat kebenaran Pegawai Agama Daerah Kulim akibat tidak menyerahkan
dokumen yang diperlukan dalam permohonan poligami. Persoalannya ialah
banyak masalah yang akan timbul kelak apabila pernikahan dibuat tetapi tidak
didaftar dan disahkan oleh mahkamah. Antara masalah yang akan berlaku ialah
status isteri muda dan juga anak-anaknya yang akan tergantung. Keadaan
menjadi lebih teruk apabila suami meninggal dunia yang mengakibatkan mereka
tidak dapat menuntut harta pusaka disebabkan tidak ada bukti pernikahan.
Selain itu, masalah yang mungkin berlaku ialah suami tidak boleh menjalankan
tanggungjawab dengan sempurna. Sebagai contoh isteri muda hanya dapat
berjumpa suami secara sembunyi-sembunyi seminggu ataupun sebulan sekali.
10
Akhirnya ini juga akan mempengaruhi perkembangan emosi isteri dan anak
kerana merasakan kehidupannya tidak sama dengan orang lain dan ini akan
mendatangkan pula masalah sosial.
Bagi menjaga dan memelihara hak isteri daripada menjadi mangsa ketidak
adilan oleh suami, undang-undang juga menerusi Seksyen 128 AUKI 1984
memperuntukkan bahawa seorang suami yang tidak memberi keadilan yang
sewajamya kepada isteri telah melakukan satu kesalahan dan boleh didenda
tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada 6 bulan
atau kedua-duanya sekali. Peruntukan ini selaras dengan ajaran Islam yang
menekankan pentingnya kaum wanita itu dilindungi dari penyalahgunaan amalan
poligami yang sememangnya dihalalkan ini. Penekanan perlu dibuat supaya
suami memberikan keadilan yang secukupnya kepada isteri.
Kesimpulan
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, beberapa kesimpulan dapat
dirumuskan iaitu :
1. Poligami menjadi bukti kesempurnaan hukum Islam kerana dapat
mengelakkan manusia daripada melakukan zina dan perlakuan membela
perempuan simpanan yang pastinya menzalimi diri dan wanita. Namun
begitu poligami diharuskan untuk dinikmati dan digunakan dengan penuh
tanggungjawab. Ukuran tanggungjawab digariskan dengan terang melalui
amalan keadilan. Adil di sini menyentuh soal giliran, pemberian nafkah
zahir dan batin, makan-minum, pakaian, jaminan keselamatan dan
tempat tinggal. Justeru itu, haram berpoligami bagi lelaki yang tidak dapat
memenuhi tuntutan tersebut.
2. Poligami bukanlah dipelopori oleh agama Islam sebagaimana yang
didakwa oleh sesetengah masyarakat Islam dan bukan Islam. Ia
11
sebenarnya telah diamalkan zaman berzaman oleh masyarakat China,
Yunani, Kristian dan Yahudi.
3. Kecacatan poligami sebenarnya bukanlah dari segi prinsip tetapi lebih
kepada perlaksanaannya oleh sesetengah lelaki yang menyimpang dari
landasan syariat. Ini terbukti daripada statistik menunjukkan bahawa 80
peratus pengadu yang mengadu masalah rumah tangga terdiri daripada
kaum wanita. Ia secara tidak langsung memberi pengertian bahawa krisis
rumah tangga berpunca daripada kelalaian pihak suami (Utusan
Malaysia, 16 September 2005).
4. Syarat yang ketat ditetapkan dalam undang-undang keluarga Islam
bukanlah bertujuan mengharamkan poligami. Ia dirangka bagi menjaga
ketenteraman rumah tangga dan mengelak dari penindasan serta
kezaliman suami terhadap isteri. Ia juga bagi mengelakkan timbulnya
fitnah dan polemik dalam masyarakat yang akan merendahkan martabat
agama Islam. Kaedah fiqh ada menyebut :
تَصَرُّفُ اْلإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ
Maksudnya :
“ Pemerintah hendaklah bertanggungjawab meletakkan maslahah Negara
dan kepentingan rakyat dalam dasar pentadbiran dan pemerintahannya ”.

shhhhh

"no body is perfect" ungkapan keramat..memang betul tiada satu pun manusia yang sempurna.. kadang-kadang bila duduk termenung aku terfikir banyaknya dosa aku buat..tp yelah aku selemah-lemah ciptaan..syaitan azalinya bersumpah akan menyesatkan anak adam..setiap hari aku berdoa dijauhkan drpd syaitan durjana..tp aku rs hati aku msh kotor..msh byk dosa yg aku buat..

keduanya, bagaimana aku nk kenal org yg betul-betul jujur..aku betul-betul selemah ciptaan..aku mudah kesian n pcy tp hakikatnya org hnya ambik ksmptn..hmmmmm..bila aku dtakdirkan jmpa org yg btul2 jujur....

ketiga, aku mmg selemah ciptaan..hakikatnya aku tau dosa n pahala, aku tau wujudnya syurga n neraka tp knp aku msh blm mperbykkn amalan..uhhhhhhh

kesimpulannya, aku mmg selemah ciptaan..stiap hari aku berdoa "YA ALLAH KO JDKNLAH AKU DKLGN ORG YG HEBAT DIMATA MU WLPUN LEMAH DI MATA INSAN YANG BERGELAR MANUSIA" Aaaaaaaaaaminnnnnnnn

Saturday, 23 January 2010

RENUGKAN LA

GERHANA matahari yang menyelubungi sebahagian mukabumi pada Rabu (22 Julai) dihitung sebagai yang paling lama dalam abad ini. Ia dapat dilihat secara maksimum selama enam minit dan 39 saat di beberapa bahagian dunia, terutama sekitar India, China dan Jepun.


Menurut rekod pakar kaji bintang, kali terakhir berlakunya gerhana penuh sebelum ini ialah pada Ogos 2008. Kejadian itu dapat dilihat selama dua minit dan 27 saat.

Ada pun di rantau sekitar negara kita gerhana matahari yang berlaku kali ini hanya separa dan dapat dilihat secara minimum sahaja. Ia memang sukar dicerap dengan mata kasar memandangkan hanya tidak sampai 18 peratus permukaan matahari dilindungi bulan.

Sementara penduduk dunia lebih cenderung membicarakan gerhana matahari sebagai fenomena astronomi dan keganjilan alam, agama Islam pula mengajar umatnya menjadikan kejadian yang amat jarang berlaku itu sebagai peluang manusia mengagumi qudrat (kekuasaan) dan iradat (kehendak) Yang Maha Menjadikan.

Di dalam al-Quran, Allah Ta'ala beberapa kali menyebut tentang kekuasaannya ke atas kejadian langit, bumi dan apa juga yang ada di antara kedua-duanya. Tidak ada seinci pun dari alam cakerawala ini yang bebas dari jajahan takluk Allah, termasuk bulan, bintang dan matahari.

Al-Quran juga memperincikan tabiat bulan dan matahari yang masing-masing beredar di atas paksi tersendiri. Kedua-dua makhluk itu tunduk dan patuh kepada ketentuan Allah. Antaranya sebagaimana firmanNya dalam Surah Yaasin 36: 38-40:

"Dan (sebahagian dari dalil kekuasaan Allah ialah) matahari. Ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya. Itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.

"Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.

"(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing."

Menginsafi betapa setiap kejadian di alam ini adalah tanda dan bukti kekuasaan Allah, maka Islam menganjurkan cara tersendiri untuk umatnya menyambut kehadiran gerhana, sama ada matahari atau bulan. Kita digesa berkumpul mendirikan solat khusus sempena gerhana.

Di kalangan orang-orang tua dulu, mereka ada cara tersendiri untuk menafsirkan setiap kali kejadian gerhana, sama ada matahari atau bulan. Mereka membahasakan gerhana bulan itu sebagai "bulan sakit", manakala gerhana matahari sebagai "matahari marah" atau "matahari menangis".

Ketuk batang pokok

Ada pula berbagai upacara dibuat sewaktu melihat gerhana yang entah diceduk dari ajaran kitab atau agama mana. Antaranya ialah mengetuk batang pokok yang tidak mahu berbuah. Kononnya ketukan itu dapat membuang sifat malas berbuah yang mendiami pokok itu.

Ada banyak lagi cerita dan pegangan yang bertradisi dalam masyarakat dahulu kala berkaitan gerhana. Namun dengan peredaran zaman dan disebabkan kejadian gerhana itu terlalu jarang berlaku, adat dan kepercayaan itu tidak begitu diwarisi oleh generasi sekarang.

Apa yang lebih menguasai pemikiran masyarakat dunia hari ini ialah teori dan pembuktian saintifik. Bahawa gerhana matahari adalah fenomena astronomi yang berlaku apabila bulan berkebetulan melintasi hadapan matahari di waktu siang. Bayang bulan yang jatuh ke mukabumi menghasilkan kegelapan.

Namun, sepertimana dinyatakan Allah Ta'ala di dalam firmanNya yang dipetik tadi, "matahari tidak mudah baginya mengejar bulan". Pun begitu, soal mudah atau tidak sebenarnya tertakluk kepada kuasa Allah jua.

Begitu juga, oleh kerana kedua-dua planet itu "beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing" mengikut ketentuanNya, maka wajib juga diimani bahawa jika Dia menghendakinya Dia juga Maha Berkuasa sesekala melencongkan peredaran mereka dari tabiat biasa itu.

Dalam mengagumi kekuasaan Tuhan ini, penulis teringat satu ceramah agama yang secara tidak langsung menyentuh soal matahari. Ustaz yang memberikan ceramah menghuraikan ayat berhubung tanda-tanda kekuasaan Allah ke atas penciptaan langit, bumi, bulan, bintang dan matahari.

Katanya, dengan qudrat dan iradat Allah, matahari mengelilingi bumi tanpa henti. Namun ada ketikanya matahari mengadu kepada Allah Ta'ala. Sebagai makhluk yang tunduk patuh tanpa engkar kepada Tuhan, matahari "menangis" dan meminta izin Allah Ta'ala untuk tidak lagi terus menyinari bumi.

Ia sangat kecewa dan merasa seolah-olah nikmat cahaya yang dipancarkannya tanpa jemu kepada penghuni bumi telah tidak dihargai apabila penghuni bumi tetap kufur dan derhaka terhadap Alah Ta'ala.

Namun permintaan matahari itu tidak diizinkan Allah. Dia sebaliknya menegaskan kepada matahari, "kamu sempurnakanlah tugas kamu (terus beredar dan bersinar). Ada pun soal keengkaran dan penderhakaan penghuni bumi itu biarlah Aku menanganinya dengan cara lain." Moral cerita ini amat dalam. Ia antara lain mengajar kita bahawa di dalam melaksanakan suruhan dan larangan Allah, kita makhluk mesti menunjukkan ketaatan mutlak. Meski pun suruhan Tuhan itu bertentangan dengan pendapat atau nilaian kita, itu bukan pilihan untuk kita tinggalkan apa yang telah diarahkan Allah Ta'ala.

Dari sudut pandang berbeza, jika gerhana matahari itu boleh diistilahkan sebagai "matahari menangis", maka menjadi tanggungjawab kita manusia membahasakan sebab-musabab tindakan matahari itu. Untuk itu kejadian gerhana matahari wajar dijadikan peringatan agar kita tidak terus engkar dan derhaka terhadap Rabbil Alamin._

Wednesday, 13 January 2010

Monday, 30 November 2009

harmoni


Malaysia Time